Eyriqazz vs Denaihati, siapa hebat dan siapa akan menang? Agak-agak korang siapa Eyriqazz dan siapa Denaihati ni? Saya pun baru saja nak mengenali diaorang, kebetulan ternampak banner Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati tu, barulah saya tahu muka sebenar diaorang ni.
Tak tahulah kalau diaorang letak muka orang lain pulak dan saya ada juga intai-intai profile diaorang berdua ni. Ternyata banyak sungguh pengalaman mereka berdua dalam bidang blogging.
Dari sumber yang saya dapat mereka berdua ni antara blogger old timer yang terbaik di Malaysia. Saya ada melawat blog mereka, dalam komen-komen yang saya baca kebanyakkan bloggers menganggap mereka seperti idola. Blog mereka juga bagus sebagai bahan rujukan untuk blogger baru macam saya.
Eyriqazz vs Denaihati – Siapa Mereka?
Dalam entri terbaru di blog Eyriqazz, dia ada menganjurkan Cabaran SEO yang menggunakan kata kunci Eyriqazz vs Denaihati. Apa yang saya baca dalam entri tersebut ialah Denaihati banyak mengajar Eyriqazz dalam dunia blogging ni. Blog Denaihati mempunyai pengaruh yang sangat kuat, ramai follower dan trafik tinggi. Kedua-duanya mempunyai cara dan penyampaian yang tersendiri dalam menarik minat pembaca yang mengunjungi blog mereka termasuk diri saya sendiri. Banyak ilmu yang saya boleh dapat dari blog abang-abang otai ni.
Kenapa dan mengapa Cabaran SEO ni diadakan hanya mereka sahaja yang tahu, mungkin untuk mendapatkan pendapat dari bloggers yang lain tentang mereka disamping mengasah kemahiran SEO. Nanti kalau berpeluang jumpa, saya akan tanya sendiri. hehehe.
Mereka juga antara blogger yang sangat pemurah hati kerana sering menganjurkan contest dengan hadiah-hadiah yang agak lumayan. Saya sempat mengikuti perkembangan Cabaran SEO Lelaki Kacak anjuran Titan baru-baru ni, ianya begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Jadi, tak mustahil cabaran SEO anjuran Eyriqazz juga bakal mendapat sambutan yang menggalakkan. Kalau tak silap saya, ramai yang nak menjadi penaja, sudah tentu hadiahnya makin bertambah. Sememangnya hadiah yang lumayan dapat menarik ramai penyertaan.
Secara jujurnya saya tidak banyak mengetahui teknik SEO ni, terlalu sikit ilmu yang saya ada, melalui seorang kawan yang banyak mengajar saya dalam bidang ni menarik minat saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, dari situ saya mula cuba untuk mengenali siapa Denaihati dan juga siapa Eyriqazz.
Ini percubaan pertama saya menyertai Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, saja nak mencuba dan mendapatkan pengalaman baru.
Kepada Bro Denaihati dan Bro Eyriqazz salam perkenalan dari saya budak baru belajar dan terima kasih memberi peluang kepada saya untuk mencuba.
Cabaran ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, Ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.com, kgbalimbang.blogspot.com, CikTom.com, MuhasabahTrading.com, Bluedianthus.com, PanduanServisBlog.com, FaizalPJ.com, LadfeAmir.com, dan SyaIsya.com

Comments on: "Eyriqazz vs Denaihati" (46)
Salam BW, 1st pulak tuh. Sungguh sopan gitu. Yg lain2 saya baca kaw2 bro EQ dan DH kena. hehe. Tapi apa pun sama2 meriahkan suasana. Biar 1 Malaysia terjebak. TQ.
Wasalam, sapalah saya nak buat perbandingan bro EQ dan DH. Cuma niat utk memeriahkan saja dan sambil tu belajar
xpe persaingan sihat.. Just nak share: http://persadazrs.blogspot.com/2012/06/eyriqazz-vs-denaihati-battle-ciktom.html… sama2 kita study. anyway tenkiu
Tahniah Sis..
Kerana berjaya kekal berada di Page pertama..
Banyak perkara yang perlu saya belajar daripada Sis..
Tima kasih, tak tahu lah bleh bertahan ke tak tu..byk masa lagi kan
Good Luck,join kontest ni bukan hanya nak memang tapi dari segi penjenamaan blog pun bagus juga..
Terima kasih…saja nak mencuba sambil belajar
selamat mencuba & gud luck
Tima kasih…saja nak try jer hehehe..mulanya takut gak nk cuba..:)
Good Luck Sis..
Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang..
Kalau menang boleh belanja saya ngeteh.. hihihi
Terima kasih..ishhh xde can nak menang tu, al maklum saya budak baru belajar, niat nak cuba2 je hehehe
Tahniah bro, saya baru jugak join, sama2 kita usaha untuk menguji tahap SEO masing2. Tahinah sekali lagi..
Tq ya…sama2 lah kita cuba ya, anyway I’m sisnot bro..hehehe
hari ini post ini sudah berada di 1st page rank ke 4
Maybe u tgk kt google.com kot, google.com.my jauh kebelakang
good luck..saya pun join ..nak memang tu taklah..nak menyemak adala..
Saya ada baca entri awak…jujur n terbaik…msti pakar gak ni..gud luck too ya. Saya cuma cuba2 je
nice,. all the best untuk awak,..
saya pun baru join contest tu,. heehee,.
Hehehe…tima kasih sama lah kita pun 1st time cuba…gud luck ya and tq visit my blog
Selamat berjaya dengan contest SEO ini.
Terima kasih..sama2 lah kita mencuba sambil belajar dan tq again visit my blog
semoga berjaya. ramai otai2 yg join buat kawe menggelatar lutut dan menyembunyikan diri.
Terima kasih…rasanya bila tgk blog awak otai gak ni kan…kawe lgi lah ketaq lutut, siku semua dah 1st time lak tu hehehe..
mantap nih…selamat berjaya
Tq shahrul, you too….x mantap mana pun entri simple je, nak cite psl SEO x reti hehehe
wah.. tak pakai hosting sendiri, just pakai wordpress je, da duduk kat dalam first page google??tahniah2..hehe
Alhamdulillah…Terima kasih ya..x tahulah bleh bertahan sampai bila tu
Semoga berjaya. Lily tak ambil bahagian sebab ..
1. tak pandai main SEO
2. tak kena dengan konsep blog Lily. Hehe
Tq LilyNrmanKARA. Sy pun tak pandai, bru je nk mencuba. Sy tgk ok je blog awak, cubalah masuk
Gud luck Aqma. Huraian yang kemas sedap jd santapan blogwalking dan mengenali 2 blog tersebut
Anyway slam kenal n 1 more gud luck ye..
#ada 2 blog eik?
Salam kenal too..aah ada 2 blog yg domain tu 1st blog lama dah n hosting bru je.tq visit my blog yg ala2 ni..hehe
wahhh…berada dlm 1st page google.com.my hari ini..Tahniah sis =)
samalah tak reti sgt SEO,tapi nak TRY..mcm hebat je SEO kan?!.wakakaka
Tq sis, Trun naik gak..kdg2 depan kdg2 jauh kebelakangan hehe..anyway Selamat berpuasa sis gud luck too ya.
ala sis ke ni? ingat bro…huhu
Yer..i’m sis bukan bro hehehe
Terang² thumnail tu punya cun >.< haha
Hehehe…>.<
Moga menang dlm cabaran ini^ ^
Salam..
Tahniah disebabkan blog awak berjaya kekal di Rank Pertama hasil carian Google..
Untuk memeriahkan Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati ini, Blog Coretan Anuar sedang menganjurkan satu Kuiz. Jadi saya menjemput semua peserta Contest ini untuk menyertai:
Semoga dengan kehadiran kuiz ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang Contest SEO Eyriqazz Vs denaihati..
TQ..
Terima kasih
InsyaAllah jika ada masa saya sertai.
tahniah3….semoga berjaya lagi….
Jumpa gak siti blog ni ya
tak rasmi lagi tu hehehe
[...] 5th. Akma Omar [...]
[...] 4 : http://profhariz.com/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati-blogger-malaysia/ 5 : http://akmaomar.wordpress.com/2012/06/23/eyriqazz-vs-denaihati/ * Pemenang tempat 1-5 dikehendaki revealkan “Rahsia Kejayaan” bagi memenangi Contest [...]
[...] 4 : http://profhariz.com/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati-blogger-malaysia/ 5 : http://akmaomar.wordpress.com/2012/06/23/eyriqazz-vs-denaihati/ 6 : http://www.azri.my/2012/06/eyriqazz-vs-denaihati.html [...]