Salam Ramadhan… Bulan Ramadhan atau bulan puasa adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabat disisi Islam dan penuh keberkatan, ianya adalah bulan menahan lapar dan dahaga, iaitu bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan menahan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Puasa merupakan bulan dimana kita memerlukan kesabaran, kejujuran serta saling bertolak ansur, secara tidak langsung nilai-nilai yang baik dan sikap murni dapat dipraktikkan mengikut ajaran agama Islam.
Lazimnya sambutan bulan Ramadhan amat meriah, berbagai bazar, hotel dan restoran menyediakan berbagai juadah berbuka puasa atau promosi Buffet Ramadhan untuk membuka selera, menjadi kebiasan untuk kita mencuba berbagai makanan lazat yang disediakan dan berwarna warni.
Di Malaysia kita boleh mendapatkan berbagai jenis juadah buffet berbuka puasa yang datang dari setiap negeri, negara kita penuh dengan hidangan yang sukar untuk didapati di negara luar.
BUFFET RAMADHAN 2012 @ CASA OMBAK
Tidak ketinggalan kami di Ombak Creative memperkenalkan lokasi terbaru untuk mengadakan jamuan Buffet Ramadhan berkonsepkan taman kehijauan di banglo kami yang terletak di Casa Ombak Taman Tasik Titiwangsa.
Harga Buffet Ramadhan
RM 45.00 – Dewasa
RM 25.00 – Kanak-Kanak (berumur 6 Tahun ke 12 Tahun)
Setiap RM2.00 dari harga Buffet akan disalurkan ke Rumah Anak-Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa.
Sekiranya anda berminat bolehlah untuk membuat tempahan dengan menghubungi Ombak Creative Solution di Talian;
Tel : 03-41492333
HP: 017-2273216 / 012-6621062 / 012-6291444
Jumpa kami di CASA OMBAK @ Taman Tasik Titiwangsa anda akan berpuas hati dengan khidmat layanan dari krew kami.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Terima Kasih.

Comments on: "Buffet Ramadhan 2012 Casa Ombak Titiwangsa" (15)
insya-allah akan sampai kesana bulan Ramadhan ini. selamat berterawikh, bersahur dan berpuasa Ramadhan 1433H. semoga memperoleh keberkatan dari-Nya buat sis dan keluarga insya-allah.
Hehehe..tq ya..jemputlah dtg nanti, just promote buss je,Selamat bersahur dan berpuasa juga, sama2 lah kita doakan semoga mendapat keberkatan bersama InsyaAllah.
Dah lama tak pekena buffet, sebab tak larat nak makan banyak2 waktu berbuka. Tahun ni tak pasti lagi.
Skali skala apa salah nya
Wahhh mesti sedap ni kan..mahal tak?
Depends from customer budget, tempt ni kita xbuka tiap2 hari hanya utk booking jer
tak pergi kot mana-mana buffet tahun ni…kena save budget skit tahun ni
Skali skala apa salahnya kan…:)
Berminat jugak.nanti sy hubungi.nak kumpul sahabat dlu
Sila2 lah ya…anythg just call no kat atas tq
harga 1 kepala berape yea minimum ?
Minimum RM25 above..keterangan lanjut call no di atas ya. Terima kasih.
Yang terbaru atas permintaan kami tetapkan RM45.00 perpax.RM25.00 kanak2 6-12thun.
tahniah, akmar salah seorang pemenang
http://www.eyriqazz.com/2012/09/pemenang-cabaran-seo-eyriqazz-vs.html
Terima kasih ya
Nanti saya buat reveal yg eyriqazz nak tu dlm masa terdekat ni.