Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

Eyriqazz vs Denaihati, siapa hebat dan siapa akan menang? Agak-agak korang siapa Eyriqazz dan siapa Denaihati ni? Saya pun baru saja nak mengenali diaorang, kebetulan ternampak banner Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati tu, barulah saya tahu muka sebenar diaorang ni.

Tak tahulah kalau diaorang letak muka orang lain pulak dan saya ada juga intai-intai profile diaorang berdua ni. Ternyata banyak sungguh pengalaman mereka berdua dalam bidang blogging.

Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati SEO Contest

Dari sumber yang saya dapat mereka berdua ni antara blogger old timer yang terbaik di Malaysia. Saya ada melawat blog mereka, dalam komen-komen yang saya baca kebanyakkan bloggers menganggap mereka seperti idola. Blog mereka juga bagus sebagai bahan rujukan untuk blogger baru macam saya.

Eyriqazz vs Denaihati – Siapa Mereka?

Dalam entri terbaru di blog Eyriqazz, dia ada menganjurkan Cabaran SEO yang menggunakan kata kunci Eyriqazz vs Denaihati. Apa yang saya baca dalam entri tersebut ialah Denaihati banyak mengajar Eyriqazz dalam dunia blogging ni. Blog Denaihati mempunyai pengaruh yang sangat kuat, ramai follower dan trafik tinggi. Kedua-duanya mempunyai cara dan penyampaian yang tersendiri dalam menarik minat pembaca yang mengunjungi blog mereka termasuk diri saya sendiri. Banyak ilmu yang saya boleh dapat dari blog abang-abang otai ni.

Kenapa dan mengapa Cabaran SEO ni diadakan hanya mereka sahaja yang tahu, mungkin untuk mendapatkan pendapat dari bloggers yang lain tentang mereka disamping mengasah kemahiran SEO. Nanti kalau berpeluang jumpa, saya akan tanya sendiri. hehehe.

Mereka juga antara blogger yang sangat pemurah hati kerana sering menganjurkan contest dengan hadiah-hadiah yang agak lumayan. Saya sempat mengikuti perkembangan Cabaran SEO Lelaki Kacak anjuran Titan baru-baru ni, ianya begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Jadi, tak mustahil cabaran SEO anjuran Eyriqazz juga bakal mendapat sambutan yang menggalakkan. Kalau tak silap saya, ramai yang nak menjadi penaja, sudah tentu hadiahnya makin bertambah. Sememangnya hadiah yang lumayan dapat menarik ramai penyertaan.

Secara jujurnya saya tidak banyak mengetahui teknik SEO ni, terlalu sikit ilmu yang saya ada, melalui seorang kawan yang banyak mengajar saya dalam bidang ni menarik minat saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, dari situ saya mula cuba untuk mengenali siapa Denaihati dan juga siapa Eyriqazz.

Ini percubaan pertama saya menyertai Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, saja nak mencuba dan mendapatkan pengalaman baru.

Kepada Bro Denaihati dan Bro Eyriqazz salam perkenalan dari saya budak baru belajar dan terima kasih memberi peluang kepada saya untuk mencuba.

Cabaran ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, Ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.com, kgbalimbang.blogspot.com, CikTom.com, MuhasabahTrading.com, Bluedianthus.com, PanduanServisBlog.com, FaizalPJ.com, LadfeAmir.com, dan SyaIsya.com

Advertisements

Comments on: "Eyriqazz vs Denaihati" (44)

  1. Salam BW, 1st pulak tuh. Sungguh sopan gitu. Yg lain2 saya baca kaw2 bro EQ dan DH kena. hehe. Tapi apa pun sama2 meriahkan suasana. Biar 1 Malaysia terjebak. TQ.

  2. Wasalam, sapalah saya nak buat perbandingan bro EQ dan DH. Cuma niat utk memeriahkan saja dan sambil tu belajar 🙂

  3. Good Luck,join kontest ni bukan hanya nak memang tapi dari segi penjenamaan blog pun bagus juga..

  4. selamat mencuba & gud luck

  5. Good Luck Sis..

    Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang..

    Kalau menang boleh belanja saya ngeteh.. hihihi

  6. Tahniah bro, saya baru jugak join, sama2 kita usaha untuk menguji tahap SEO masing2. Tahinah sekali lagi..

  7. hari ini post ini sudah berada di 1st page rank ke 4

  8. good luck..saya pun join ..nak memang tu taklah..nak menyemak adala..

  9. nice,. all the best untuk awak,.. 🙂 saya pun baru join contest tu,. heehee,.

  10. Selamat berjaya dengan contest SEO ini.

  11. semoga berjaya. ramai otai2 yg join buat kawe menggelatar lutut dan menyembunyikan diri.

    • Terima kasih…rasanya bila tgk blog awak otai gak ni kan…kawe lgi lah ketaq lutut, siku semua dah 1st time lak tu hehehe..

  12. mantap nih…selamat berjaya

  13. wah.. tak pakai hosting sendiri, just pakai wordpress je, da duduk kat dalam first page google??tahniah2..hehe

  14. Semoga berjaya. Lily tak ambil bahagian sebab ..
    1. tak pandai main SEO
    2. tak kena dengan konsep blog Lily. Hehe

  15. Gud luck Aqma. Huraian yang kemas sedap jd santapan blogwalking dan mengenali 2 blog tersebut 🙂

    Anyway slam kenal n 1 more gud luck ye..

    #ada 2 blog eik? 🙂

  16. wahhh…berada dlm 1st page google.com.my hari ini..Tahniah sis =)

    samalah tak reti sgt SEO,tapi nak TRY..mcm hebat je SEO kan?!.wakakaka 😛

  17. ala sis ke ni? ingat bro…huhu

  18. Moga menang dlm cabaran ini^ ^

  19. Salam..

    Tahniah disebabkan blog awak berjaya kekal di Rank Pertama hasil carian Google..

    Untuk memeriahkan Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati ini, Blog Coretan Anuar sedang menganjurkan satu Kuiz. Jadi saya menjemput semua peserta Contest ini untuk menyertai:

    Semoga dengan kehadiran kuiz ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang Contest SEO Eyriqazz Vs denaihati..

    TQ..

  20. tahniah3….semoga berjaya lagi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: