Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

3 Blog Pilihan Terbaik

Blog

Setiap orang mempunyai blog pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan atau idola. Begitu juga dengan saya.

Sebenarnya saya tidak tetapkan blog pilihan terbaik  dalam senarai kerana setiap kali blogwalking, mesti saya terjumpa blog yang bagus sebagai bahan bacaan.

Maka untuk tetapkan sesebuah blog sebagai terbaik amat susah kerana terlalu banyak blog yang ada.

Apa yang perlu ada pada blog terbaik? Kenapa ianya jadi terbaik?

Boy Reading

Reading

Pada saya, sesebuah blog terbaik perlu mempunyai theme yang menarik, laju loading dan pengisian yang baik dan berguna dari segi teori dan praktikal.

Maksudnya kita boleh jadikan sebagai panduan dan bahan rujukan. Pada saya ciri-ciri ini penting untuk keselesaan ketika membaca.

Kebiasannya saya selalu membaca blog perniagaan, informasi dan fesyen. Ini antara 3 blog pilihan terbaik yang selalu saya cari dan baca. Ada beberapa blog yang tersenarai sebagai blog yang paling saya suka masuk.

Apa yang saya kategorikan sebagai blog pilihan terbaik bukan sahaja dari popularnya sesebuah blog, ada blog yang begitu popular tetapi tiada pengisian.

Maksudnya lebih kepada kisah peribadi tetapi ramai yang suka membacanya dan trafik tinggi. Lain orang lain minatnya kan.

Didalam entri 3 blog pilihan terbaik saya ada senaraikan beberapa blog luar sebagai pilihan. Bukan tiada blog tempatan yang bagus malah terlalu banyak, cuma sekali sekala kita patut juga membaca blog luar sebagai rujukan untuk menambah ilmu kerana banyak tip-tip yang berguna anda akan dapat.

Ramai yang tidak suka membaca blog luar kerana penggunaan bahasa yang berbeza, pada saya ianya bukan menjadi masalah. Sekiranya kita tidak faham, boleh di translate ke Bahasa Malaysia atau merujuk kepada kamus.

Sebenarnya bagus juga membaca blog berbahasa Inggeris ni, dari situ kita dapat belajar menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik lagi melalui pembacaan.

Bagaimanapun minat terletak pada diri kita sendiri. Janji, sifat membaca itu sentiasa ada sudah mencukupi.

Skop membaca ini luas dan tiada halangan. Kita membaca mengikut minat masing-masing dalam mencari sumber informasi dan ilmu yang berguna untuk dijadikan panduan dan bahan rujukan.

Pupukkan minat membaca dalam diri kita, itu yang paling penting… 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: