Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

Pejam celik dah nak akhir tahun 2012. Lagi beberapa hari sahaja tahun 2012 akan melabuhkan tirainya, rasa sekejap sahaja masa itu berlalukan.  Segala kenangan suka dan duka akan menjadi kenangan indah dalam hidup saya.

Maka akan bermulalah azam baru tahun 2013.

2012 Tahunku Yang Cantik

2012 Tahunku Yang Cantik

Slogan 2012 Tahunku Yang Cantik akan saya bawa ke tahun hadapan supaya ianya bertambah cantik dan kacak lagi.

Boleh dikatakan tahun 2012 adalah tahun yang cantik bagi saya. Banyak benda yang saya belajar dan dari situ saya dapat pengalaman baru.

Saya ada ceritakan di dalam entri saya 2012 Tahunku Yang Cantik. Pengalaman, kenangan dan segala yang berlaku sepanjang tahun 2012.

Penglibatan saya secara tidak sengaja dalam bidang blogging, dapat meluangkan masa bersama keluarga , bercuti dan banyak lagi. Kalau nak tahu bacalah entri tu ya.

Disamping itu diakhir tahun ini semua contest yang saya sertai akan tamat juga. Harap-harap dapatlah menang hadiah lumayan yang ditawarkan atau dapat hadiah saguhati pun jadilah hehehe..

Kalau saya berjaya maka 2012 akan menjadi tahunku yang cantik sekali. Saya sudah mencuba dan berusaha sehabis baik, doa-doakanlah untuk saya ya. Kalau kalahpun takpe, maknanya tak ada rezekikan. Sekurang-kurangnya saya mencuba 🙂

Saya percaya anda semua mempunyai azam, begitu juga dengan saya. Biasanya kita sentisa mencuba untuk memperbaiki diri kita setiap tahun dengan azam dan semangat baru supaya menjadi lebih baik lagi.

Untuk diri saya juga berharap  azam dan cita-cita saya tercapai sepenuhnya dan penutup tahun 2012 ini menjadikan tahunku yang cantik sekali…InsyaAllah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: