Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

Tahun 2012 boleh dikatakan tahun yang terbanyak gadget canggih dipasarkan seperti Smartphone, Tablet dan Android. Ia boleh dilihat apabila semua syarikat pengeluar terbesar gadget ini berlumba-lumba memasarkan produk mereka secara besar-besaran.

Diantara gadget terkini yang mendapat tempat dihati pengguna adalah iPhone 5. Sejak dilancarkan pada 14 December yang lalu, ramai mula cuba untuk memiliki iPhone 5 Gajet Impian Blogger ini . Ternyata stok yang ada agak terhad kerana permintaannya yang terlalu tinggi.

iPhone 5 Gadget Impian

iPhone 5 Gadget Impian

Apple telah merevolusikan dan menguasai pasaran telefon pintar sejak iPhone asal memulakan kerjaya pada tahun 2007. Model pertama membawa kita web mudah alih dan muzik iaitu iPod.

Kemudian bermula dengan telefon pintar iPhone dari generasi pertama hingga terbaru genarasi keenam iPhone 5 diselangi dengan kemunculan iPad 1, 2 , 3 dan iPad mini.

iPhone 5 adalah telefon pintar paling terbaik dan direka dengan begitu teliti. Tiada di pasaran yang menggabungkan skrin terbaik di dunia dengan complete custom processor dan casis wafer nipis untuk menghasilkan peranti LTE terpantas selari dengan kehidupan dan teknologi masa kini malah jangkamasa bateri yang lebih baik dan lama.

Satu reka bentuk nipis dan bergaya membuat Apple iPhone 5 telefon pintar yang ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Apple iPhone 5 mempunyai aplikasi perisian IOS 6 yang menawarkan aplikasi telefon seperti FaceTime, Safari, dan Siri.

Ia mampu melancarkan devise dan memuatkan permainan dengan lebih  cepat kerana Apple iPhone 5 hitam dikuasakan oleh cip A6. Mempunyai  8 MP kamera iSight membolehkan anda untuk mengambil video crisper dan potret sendiri.

Akses terus ke iTunes, supaya anda boleh mendengar trek musik kegemaran anda bila-bila masa. Dan paparan 4-inci retina dengan 326 piksel per inci pada iPhone 5 gadget ini membuatkan teks lebih mudah untuk dibaca dan lebih menyeronokkan untuk menonton filem dan supports Wi-Fi connection jadi anda boleh melayari internet, stream videos, shop online, dan chat dengan rakan-rakan dimana sahaja anda berada.

Saya boleh katakan mereka berjaya menggabungkan beberapa perubahan pada produk keluaran mereka ini. Sebelum ini iPhone yang dikeluarkan kurang menarik minat saya, berbeza dengan iPhone 5.

IPhone 5 tidak akan membosankan, ia akan menjadi lebih menarik berbanding iPhone yang direka sebelum ini. Anda hanya perlu memilikinya untuk merasai pengalaman sendiri.

iPhone 5 Gadget Impian dan merupakan gadget yang terakhir untuk tahun 2012. Saya percaya tahun 2013 akan ada banyak lagi gadget terbaru yang akan dikeluarkan. Ianya akan berterusan selagi anda permintaan dari pengguna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: