Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

Sebelum itu… Masih sempat sekiranya saya ucapkan Happy New Year 2013. Semoga tahun baru ini memberi semangat dan azam baru kepada anda semua supaya lebih berjaya dalam kehidupan, kerjaya dan masa depan.

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Happy New Year 2013

Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 adalah sebaris perkataan yang agak pening juga nak dihuraikan. Jadi senang cerita…saya reka sendiri apa yang saya hendak sampaikan disini.

Rekaan saya, ianya lebih kepada hala tuju untuk meningkatkan blog dengan 3 faktor penting yang perlu ada disetiap blog.

Apa Yang Saya Definisikan Blog 3 Dalam 1… Antaranya…

Penulisan Artikel Yang berkualiti

Apabila kita membina blog, pasti kita akan menyiarkan beberapa artikel. Artikel adalah salah satu aspek yang penting untuk menarik pembaca.

Oleh itu, ianya perlu bagi anda untuk memastikan bahawa artikel yang merujuk kepada sesuatu tajuk haruslah menarik, ringkas, padat dan tidak membosankan pembaca.

Apa yang saya lihat sekarang… banyak blog yang tidak khusus dengan niche tertentu masih mampu untuk menjadi terbaik hasil dari penulisan artikel yang berkualiti dan menarik.

Blog Yang Kemas Dan Menarik

Ini antara tarikan yang paling penting untuk menarik pembaca masuk ke blog anda.

Blog yang kemas dan menarik disamping artikel berkualiti antara salah satu faktor sesebuah blog itu boleh berjaya. Banyak theme yang cantik dan menarik boleh anda dapati di internet.

Untuk menaikkan blog… kita perlu mengeluarkan sedikit modal untuk menaik tarafkan blog kita supaya pembaca lebih berminat untuk masuk ke blog sekaligus membaca artikel terbaru yang kita tulis.

Saya pernah menulis mengenainya di artikel blog popular lebih mudah dikenali

Blog yang kurang menarik boleh membuatkan pembaca berpendapat:- jika penulis tidak sanggup untuk melabur sedikit ke dalam blog, maka mengapa mereka perlu membuang masa membaca blog tersebut.

Pembaca sekarang bijak, dari penampilan blog sahaja mereka sudah boleh menilai sama ada artikel yang ditulis oleh blog tersebut bagus atau tidak.

Mereka melihat blog dari banyak sudut. Maka sentiasalah kemaskini blog anda.

Membuat Duit Dengan Blog

Sesetengah blogger sangat berminat dalam membuat duit melalui blog. Bidang blogging boleh saya katakan salah satu bidang kerjaya yang mampu meraih pendapatan yang lumayan.

Ianya terbukti, anda boleh melihat kejayaan blogger-blogger popular yang ada di Malaysia. Malah ada dikalangan rakan blogger saya yang berjaya mendapat ribuan ringgit sebulan hasil dari blogging.

Banyak cara untuk meraih pendapatan daripada blog ini… antaranya advertorial, affiliate, iklan dan bermacam lagi. Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah. Blog kita haruslah mempunyai trafik yang tinggi, berauthoriti dan dikenali.

Namun begitu ianya tidak mustahil tahun 2013 blog anda boleh menjadi blog 3 dalam 1 terbaik sekiranya 3 kriteria diatas ada di blog anda.

Saya pasti akan ada kaedah-kaedah yang baru di tahun 2013, cuma kita kena sentiasa mencari informasi terkini yang ada di Internet.

Itupun jika sekiranya anda rajin berusaha, sentiasa belajar dan tidak mudah putus asa.

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Tahun 2012 banyak memberi satu pelajaran baru kepada saya mengenai bidang blogging. Bermula dari situ saya cuba memandang terus kehadapan dengan menambahkan ilmu pegetahuan sebanyak yang boleh.

Saya banyak menyertai contest yang dianjurkan oleh blogger tempatan. Ini salah satu cara saya mempraktikkan apa yang saya belajar baik dari segi penulisan, SEO dan sebagainya.

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 merupakan cabaran SEO pertama yang saya sertai bagi tahun 2013 ini. Saya hanya mencuba sebaik yang mungkin…

Jika ada rezeki saya lagi… Alhamdulillah… Jika tiada, ianya saya jadikan sebagai salah satu proses pembelajaran… 🙂

by AkmaOmar.com

Contest ini dianjurkan oleh Cabaran SEO Selamat Tahun Baru 2013 Blog 3 Dalam 1

Advertisements

Comments on: "Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013" (12)

  1. all the best akma dlm contest ini 🙂
    kalah atau menang itu perkara lain yg lebih penting tentunya pengalaman – ssuatu yg sgt berharga kan?

  2. NAK JOIN JUGAK 😀

  3. terfikir juga untuk turut serta
    selamat bertanding dan selamat berjaya

  4. Jom kita bertanding , cukupkan bilangan 30 orang tu.

    Selamat bertanding untuk semua.

  5. Sala, definasi yg ketiga tu paling menarik, tapai susah nak dapat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: