Online Diary. Blogging. Opinion. Info. Travel.

Zaman sekarang ni segalanya memerlukan duit. Nak makan, keperluan rumah, bayar kereta, minyak, bil-bil dan macam-macam lagi.

RM50 tu sekali pecah, sekejap sahaja boleh habis, duit tu mengalir macam air.

Duduk di Kuala Lumpur ni gaji 5K pun masih tak cukup-cukup. Nak kata berbelanja besar tak juga. Setiap bulan benda yang wajib kita bayar melebihi separuh dari gaji.

Berbeza duduk dikampung. Mungkin antara sebab kos kehidupan dibandar lebih tinggi jika dibandingkan dikampung.

Dari segi kehidupan social yang mungkin kurang dan barang keperluan tu jauh lagi murah.

Istilah orang duduk bandar lagi kaya tu memang tak boleh pakai. Sakit kepala duduk bandar ni.

Makin besar gaji makin besar tanggungjawab. Bak pepatah melayu “Besar periuk besarlah juga keraknya”.

Banyak saya tengok anak-anak muda yang dari luar bandar suka sangat nak duduk di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan ramai yang duduk di Kuala Lumpur ni dari luar bandar.

Memang betul peluang kerja tu banyak. Kalau diikutkan peluang kerja diluar Kuala Lumpur pun banyak juga sekarang. Mungkin diaorang nak merasa duduk di bandar besar.

Tetapi kena pandai duduk di bandar ni, salah pembawakan, salah bergaul, salah uruskan kewangan memang susahlah nak hidup.

Kena pandai menyimpan dan cari peluang bagaimana nak tambahkan pendapatan.

Saya anak jati Kuala Lumpur. Secara jujur, saya bosan duduk di Kuala Lumpur ni yang sentiasa sesak dan sibuk.

Sebab tu bila ada masa terluang saya akan keluar dari Kuala Lumpur pergi bercuti ke tempat-tempat yang boleh tenangkan otak saya.

Kalau tak bercuti, saya lebih suka habiskan masa dirumah layan internet. Tu yang hari-hari wajib layan blog 🙂

Dari situ saya mula belajar banyak benda. Antaranya cari tips buat duit dengan blog.

Pada mulanya saya tak ambil kisah sangat buat duit dengan blog ni. Tetapi lama kelamaan bila saya rasa hasilnya, jadi seronok pula.

Saya ingat lagi pertama kali saya buat duit melalui review produk di blog saya, saya terima RM30 sahaja untuk satu review tetapi saya puas walaupun hasilnya sedikit sahaja.

Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dari situ mula timbul minat. Saya belajar dari rakan-rakan yang berpengalaman, mula sertai bloggers komuniti di Malaysia dan sertai seminar buat duit dengan blog.

Alhamdulillah hasilnya saya berjaya membuat duit dengan blog sedikit demi sedikit bermula dari review produk RM30, sekarang saya mampu mendapat beratus RM setiap review/advertorial dan affiliate yang saya buat.

Sedikit nasihat dari saya sekiranya anda mempunyai minat menulis jangan sia-siakan begitu sahaja.

Tahukah korang dengan hanya menulis kita mampu membuat duit dengan blog, secara tidak langsung mampu menambahkan pendapatan.

Bukan nak kaya raya, tak salah kalau kita mencari duit lebih nak-nak duduk di Kuala Lumpur ni. Sekurang-kurangnya ada wang sampingankan.

Yang paling penting kena ada sifat mahu belajar, mencuba dan minat. Sentiasa berusaha dan bekerja keras. Bukan senang nak jadi senangkan 😉

Kalau korang nak tahu macamana nak buat duit dengan blog bacalah artikel saya tips buat duit dengan blog dari seminar Denaihati.

Banyak juga artikel-artikel yang saya kongsikan disana, mungkin boleh memberi semangat dan manfaat kepada anda semua untuk belajar cara bagaimana buat duit dengan blog ni.

20130606-071007.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: